Minggu ini adalah minggu peperiksaan akhir tahun bagi dua orang budak kat atas ni. Macam biasa, kalau anak2 periksa, yang demamnya saya. Nak2 periksa akhir tahun, yang akan menentukan kelas mereka di tahun hadapan. Walau pun tahun hadapan mereka baru masuk darjah 3 dan 4, saya tak suka mereka turun kelas, atau dalam erti kata lain, saya mahu mereka maintaine di kelas teratas seperti sekarang supaya telinga saya dapat terus mendengar komen2 'manis' daripada guru kelas mereka setiapkali ada sesi perjumpaan/perbincangan guru-ibubapa. Hmm...itulah yang susahnya. Budak2 ni bukan kisah pun kat mana mereka. Yang penting mereka selesa dengan kwn2 sekelas.Saya kurang bimbang tentang Hanny (adik) sebab dia ni kategori yang mudah diduga. Sangat open minded dan suka terus terang. Last semester masa jumpa cikgu dia, cikgu dia boleh cakap gini kat saya..."budak2 pandai ni, mak bapak tak payah datang pun tak pe," hehe....kembang juga hati saya mendengarnya, tapi saya tetap akan datang jugak tak kiralah anak saya pandai atau tidak.
Akhir2 ini saya agak pening dengan anak sulung saya, yang saya panggil 'kakak'. Actually seluruh keluarga memanggilnya dengan panggilan itu. Pertama, kerana dialah cucu perempuan pertama yang lahir dalam keluarga suami saya. Ke dua, dia adalah puteri sulung saya.
Kakak memang suka baca buku. Pantang saya singgah MPH, dia pun akan segera menyusup ke sudut bacaan kanak2. Sanggup simpan duit belanja sekolah semata2 untuk beli siri Detik Tengah Malam. Kalau dia suka sesuatu cerita, dia akan baca berulang2 kali. Hmm...rasa2nya itu keturun perangai saya. Bezanya masa kecik2 dulu saya suka baca kisah penyiasatan Nancy Drew dan E.Blyton yang saya pinjam dari library sekolah (maklum saja, mak bapak saya tak mampu nak beli satu set buku2 tu)
Kakak seorang yang lemah lembut. Jarang membantah. Kalau tak puas hati dengan sesuatu dia akan membisu. Kadang2 luahkan perasaan kepada adiknya. Contohnya, baru2 ini dia tak puas hati saya hadiahkan adiknya beg baru untuk ke kelas agama.Saya ada sebab bagi hadiah tu kepada Hanny.Sbbnya sudah 2 kali,Hanny dapat tempat pertama dalam peperiksaan di kelas agama.
Tak sangka saya, budak umur 9 tahun boleh cakap gini,
"kakak kecik hati sebab mama hadiahkan adik beg tu. Kakak pun okey apa, cuma tak dapat nombor satu je." Hehe...advance sungguh budak2 sekarang kan?
"Kakak ni suka beranganlah ma, " itu komen adiknya Hanny. Saya diamkan aje...agaknya kakak memang nak jadi pewaris saya, sebab tu suka berangan.
"Mama...boleh tak kakak tidur awal? Kakak peninglah," itu alasan kakak bila saya suruh dia buat ulangkaji. Yang tu saya tak boleh diam sebab saya tahu dia buat2 pening, maka terjadilah kes dera!!!hehe...penderaan yang berhemah!
Baru2 ini saya terkejut lihat buku aktiviti matematiknya. Rupa2nya dia agak lemah dalam menyelesaikan masalah divide @ bahagi. Apa lagi....terpaksalah saya hentikan 'kerja2 rasmi' saya dan beri tumpuan serta latih tubi kepada si kakak. Saya bimbang betul.Siap call cikgu maths luahkan kebimbangan saya. Hubby saya boleh gelakkan saya. Katanya macamlah si kakak nak ambil peperiksaan besar, UPSR ke..PMR ke...SPM ke...hinggakan saya bagai nak demam dibuatnya.
Lagi best bila saya suruh dia buat latihan BI, isi tempat kosong berdasarkan gambar. Ada gambar rumah yang dibawahnya ada perkataan tidak lengkap M _ _H_ _SE
Sepatutnya, jawapan dia MUDHOUSE (rumah yang diperbuat daripada lumpur atau tanah liat) , boleh pulak si kakak jawab MANHOUSE.
"Kenapa kakak jawab manhouse?"tanya saya dengan rasa pelik. Tak kanlah soalan mudah begitu dia tak boleh jawab? sedangkan dia memang minat sangat dengan subjek B. Inggeris.
Dengan muka selamba kodok kakak jawab "Rumah dalam gambar ni nampak bersepah, sebab itulah kakak jawab manhouse (rumah lelaki). Lelaki kan suka buat sepah? Contohnya, bilik kerja papa tu, kan bersepah?"
Kah,kah,kah....saya sudah ketawa jahat.
"Ok dear, make sure you tell your papa about this. Dont forget to show your answer to papa ok?" niat saya dah terpesong ni (nak kenakan hubby)
"Tak naklah...papa tu kalau kakak cakap, dia tak faham sangat, tak macam mama." Selamba je dia menjawab. Terlopong mulut saya mendengarnya.
Satu lagi citer. Pasal latihan Sains. Saya suruh dia selesaikan satu eksperimen. Yang melibatkan dua buah bikar yang dinamakan bikar A dan bikar B yang dipenuhi air. Sebiji span bersaiz kecil dimasukkan ke dalam bikar A dan sebiji span bersaiz besar di masukkan ke dalam bikar B. Bila span2 ini diangkat, air dalam bikar A masih banyak sedangkan air dalam bikar B tinggal sedikit saja. Soalannya?
"what can be concluded through this test?" jawapan sepatutnya, "a bigger sponge absorbs more water than a smaller sponge. TETAPI dengan tenang dan yakin kakak jawab....
"this test is 'unfair' because the sponge size is not same"
Kah,kah,kah.....emosional sungguh jawapan kakak untuk matapelajaran sains.